Friday 13 July 2012

Hari Sukan SMK Sri Tebrau 2012


Hari Sukan SMK Sri Tebrau telah berlangsung pada hari Khamis dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, YB Mok Chek Hou. Pemenang keseluruhan bagi acara tahunan ini telah dimenangi oleh pasukan Rumah Merah dan diikuti Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Kuning. Anugerah Olahragawan telah disandang oleh Shamrisan Sandry dari 5 Seni 2 manakala Anugerah Olahragawati telah dimenangi oleh Hajah Nursyahieda Bt. Rosman dari 3UM. Syabas dan tahniah kepada pemenang. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang banyak membantu dalam menjayakan acara tahunan ini.

TAHNIAH KEPADA RUMAH MERAH