Salam Ramadhan Al-Mubarak. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi kesempatan kepada kita semua untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi memudahkan kita untuk membuat persiapan pada bulan ini. Jadual waktu ini boleh dimuat turun di bahagian Muat Turun yang ada pada blog ini.
Bagi untuk negeri-negeri selain dari Johor, boleh dapatkan jadual tersebut di laman web www.islam.gov.my dalam bentuk PDF. Jangan risau kepada mereka yang tidak mahir dalam bahasa jawi kerana jadual adalah dalam tulisan rumi.
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan bagi yang meminati irama gambus, boleh cuba mendengar dari video yang disediakan di bawah.
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad S.A.W. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T sebanyak 1000 kali ganda.
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhin dengan rahmat Allah S.W.T, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah S.W.T dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir dan selawat, membaca Al-Quran, bertaubat dan lain-lain.
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.