Showing posts with label Nukilan Guru. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Guru. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Ujian Formatif 2 Dan Ujian Percubaan PMR : Selamat Menjawab


SMK Sri Tebrau telah selesai menjalankan Ujian Formatif 2 pada 24 dan 25 Julai 2012 yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 4. Tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1, oleh itu secara langsung tidak terlibat dengan Ujian Formatif 2. 

Bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 pula, Ujian Percubaan PMR akan bermula pada 9 hingga 16 Ogos 2012 manakala bagi Tingkatan 5 adalah pada 30 Ogos hingga 10 September 2012. Jadual untuk Percubaan PMR dan SPM boleh didapati pada ruangan Muat Turun.

SELAMAT MENJAWAB DAN 'GOOD LUCK'....DO YOUR BEST!

Saturday, 21 July 2012

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Negeri Johor 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi kesempatan kepada kita semua untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi memudahkan kita untuk membuat persiapan pada bulan ini. Jadual waktu ini boleh dimuat turun di bahagian Muat Turun yang ada pada blog ini.

Bagi untuk negeri-negeri selain dari Johor, boleh dapatkan jadual tersebut di laman web www.islam.gov.my dalam bentuk PDF. Jangan risau kepada mereka yang tidak mahir dalam bahasa jawi kerana jadual adalah dalam tulisan rumi.

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan bagi yang meminati irama gambus, boleh cuba mendengar dari video yang disediakan di bawah.




Tuesday, 17 July 2012

Belajar Matematik Sambil Berhibur

Grand Prix

Semasa saya mencari bahan untuk blog ini, tiba-tiba saya terserempak dengan satu laman web yang amat menghiburkan. Dengan tema 'Academics + Arcade = Fun Learning' telah menyebabkan saya meneliti dengan lebih mendalam web ini. Sesungguhnya penerokaan saya di web ini tidak mengecewakan. Web yang lebih menjurus kepada permainan matematik secara 'online' ini dapat meningkatkan keupayaan dari segi pengiraan darab dan sebagainya yang melibatkan matematik mudah. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut. Selamat Mencuba!

Saturday, 30 June 2012

Keberkatan Ilmu Yang Semakin Pudar


Pada tahun 40-an dan 50-an dahulu, khususnya sebelum merdeka, pekerjaan sebagai guru dianggap begitu terhormat dan mulia apatah dipandang tinggi dalam masyarakat. Guru dijadikan rujukan dan pandangan mereka sering diambil dan didengar apabila timbul sesuatu masalah dalam komuniti/masyarakat.Pengorbanan guru adalah sesuatu yang tidak ternilai dan tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi memberi kefahaman kepada pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Bak kata pepatah ‘ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain’.

Tetapi amat sedih apabila memikirkan segelintir pelajar yang sanggup bersikap kasar serta bertindak memulaukan guru di sekolah,serta cuba menjatuhkan maruah guru di internet. Ada yang sanggup memaki hamun dan berkata perkataan yang kasar serta mencarut terhadap guru mereka. Lebih dahsyat lagi, ada yang sanggup menendang, menampar serta mencekik guru kerana marah apabila ditegur. Ditambah pula dengan ibu bapa yang kebanyakannya suka mencari kesalahan guru,makin tercabar maruah seorang guru.

Bagaimana pelajar hendak mendapat keberkatan dalam ilmu apabila mereka bersikap kurang ajar dengan guru mereka. Secara tidak langsung sikap mereka ini mempengaruhi kehidupan mereka pada masa depan. Sesungguhnya, guru ibarat ibu bapa yang kedua. Lantaran itu hormatilah mereka. Bersikap baiklah terhadap mereka. Jika tidak berpuas hati dengan guru, hadapilah secara baik dan berhemah. InsyaAllah, segala kekusutan akan dapat ditangani ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.