Wednesday 11 July 2012

Kem Pengurusan Organisasi Kokurikulum Tahun 2012

Setelah pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi, dengan penuh rasa syukur pada Allah S.W.T, akhirnya selesai juga program ini. Perancangan yang dibuat dari Januari 2012 pada awalnya banyak mendapat halangan terutamanya sumber kewangan memandangkan program selama 1 hari ini menelan belanja yang agak besar.

Program ini telah dilaksanakan pada 23 Jun 2012 bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 80 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 terlibat dalam menjayakan program ini. Peserta dibahagikan kepada 16 kumpulan kecil dan bertempur di Johor Paintball Valley dengan menggunakan format bola sepak Euro 2012.

Pada dasarnya, program ini bertujuan dalam melatih peserta memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerjasama antara ahli dalam pasukan dalam menyelesaikan sesebuah misi atau tugasan. Di samping itu, peserta juga dapat menggilap atau membina kemahiran membuat keputusan (decision making), menyelesaikan masalah (problem solving) dan kemahiran komunikasi. Semoga program ini dapat diteruskan dan ditambahbaik pada tahun hadapan.